Assalamualaikum…
Apabila diajukan pertanyaan Apakah punca atau penyebab anda menulis blog, ceritakan pengalaman anda ? Jawapan saya kepada soalan tersebut adalah untuk berkongsi pelbagai maklumat serta menyuarakan pendapat kepada semua pembaca di blog dan rakan-rakan.Umum telah mengetahui blog merupakan laman web yang mempunyai pelbagai cerita dan kisah-kisah menarik yang ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan pelbagai rentak dan gaya bahasa.
Dengan lafaz Bismillah…saya juga ingin turut serta di dalam contest Bro Eizil

Bermulanya Kisah Seorang Blogger
Segalanya bermula pada pada hujung bulan Disember 2007 (boleh dikatakan lama juga la) . Minat untuk menulis di blog tetiba muncul setelah melihat beberapa orang rakan mempunyai blog sendiri.Jadi dengan tidak melengahkan masa,lahir sebuah blog.Pada mulanya konsep blog tersebut tiada yang formal,cuma isi-isi luahan kata-kata dan juga berupa diari peribadi.blog tersebut ialah http://wazy.wordpress.com/

Pada tahun 2007 ,ianya memang mencabar sedikit buat saya sebagai blogger baru,kadang-kadang kebuntuan idea untuk mencari rakan-rakan blogger sekepala,maklumlah laman sosial pada ketika itu tak popular sangat seperti sekarang.Macam-macam entri di blog saya buat(terutama di dalam bab perisian serta tips komputer),dari tajuk dan lirik lagu,kisah lucu sehinggalah satu ketika tu terpaksa mengundurkan diri seketika di dalam blogging ni atas sebab-sebab tertentu.

Pada tahun 2008 kalau tak silap,saya mula menggunakan hosting percuma(dalam blog ni sebenarnya kelahiran semula http://wazy.wordpress.com/).Banyak kenangan manis ketika saya menggunakan blog tu.Antaranya saya dapat kenal dengan lebih ramai rakan-rakan blogger,skill dan kemahiran saya untuk setup wordpress semakin bertambah (dari segi install/ upload theme,plug in dan segala yang berkaitan dengan wordpress),saya juga mula mengenali apa itu Nuffnang (mula berjinak-jinak dengan iklan-iklan nuffnang).Jutaan terima kasih juga kepada Google dan juga rakan-rakan blogger seperjuangan yang banyak membantu saya di dalam penyediaan blog ni walaupun hanya sebuah hosting percuma.Nak tahu turun naik blog tersebut ? boleh ke http://wazy.etika.0lx.net/

Tetiba teringin guna Blogspot,Blogspot ni pulak,saja-saja saya daftar.Dengan erti kata lain,blogspot ni tempat saya mengulangkaji semua perihal edit-mengedit html di blogspot.Banyak juga saya pilih template,sehingga la template yang saya guna sekarang ni masih bertakhta di hati.Boleh terjah di http://sympathysoul.blogspot.com/

Alhamdulillah,akhirnya saya dah sampai seru untuk menggunakan domain sendiri (12 Disember 2009).Dengan itu juga wujud blog wordpress self hosting dari saya http://www.wazy84.com.Saya berasa sungguh berpuas hati apabila memiliki self hosting ini.Banyak yang boleh saya teroka untuk memantapkan lagi blog (dari segi trafik bulanan,pendapatan sampingan blog,cara penulisan yang baik dan sebagainya) dan secara tidak langsung memainkan peranan penting di dalam dunia blogging di Malaysia bersama-sama rakan blogger yang lain.

Satu lagi ,saya juga terlibat di dalam aktiviti live blog,update terus dari handphone.Seronok juga guna live blog,korang boleh tengok di sini http://live.wazy84.com

Pada awal bulan September 2010,hati ini tergerak untuk daftar sebuah lagi platform blog iaitu Tumblr.menarik juga fungsi-fungsi di Tumblr ni,memandangkan telah ramai rakan-rakan blogger juga telah mempunyai akaun di Tumblr.Kalau nak tengok,boleh terjah di sini http://wazy.tumblr.com

Satu lagi kejutan yang saya buat,mungkin dah ramai rakan-rakan blogger sudah pun tahu,saya ada buat lagi satu blog,pada kali ini menggunakan domain nama sendiri,agak begitu unik juga la gayanya.Sejarah tersebut bermula pada 7 November 2011.Alhamdulillah ,blog ini masih lagi aktif.

Demikianlah kisah Bermulanya Kisah Seorang Blogger yang mempunyai pelbagai info,pendapat dan juga pelbagai cerita yang menarik serta pelbagai kemahiran di dalam dunia blogger untuk dikongsikan bersama pembaca dan rakan-rakan.Mungkin serba sedikit juga menceritakan latar belakang saya sebagai blogger pada peringkat permulaan sehingga sekarang.Memang banyak kenangan manis di dalam berblogging,hanya mereka yang mempunyai blog dan pernah mempunyai blog sahaja tahu apa kenangan tersebut kan ? Secara keseluruhannya,saya berasa amat seronok apabila berblogging ni.








{ 41 comments… read them below or add one }
… saya pula dah berblog sejak 2007, bermula dari blogspot membawa ke Wordpress.
iAwani recently posted..Kerajaan Iran Halang Google
owhh
dah lama juga tu
iAwani pun dah mantap
Wah ini betul-betul otai sejak tahun 2007 lagi. Selamat berjaya kepada bro.

akubiomed recently posted..Ada apa pada blogging
Hehehe
tak la otai sangat bro,banyak juga la pengalaman sepanjang tahun tu
Ternyata anda sudah lama memulai blogging, kalau saya baru beberapa waktu lalu. Tujuan awal saya hanya ingin menyimpan beberapa resep masakan yang saya suka
Nurlaila recently posted..Resep Membuat Kue Kering Wijen Coklat
Memang dah lama,ok juga tu berkongsi resepi kepada pembaca
wah dah siap entri kontest nih.
good luck wazy.
Terima kasih bro,
bro tak join sekali ke contest ni ?
good luck.. otai blogger ni.. 2007 lagi dah start blogging.. semoga berjaya..
Anarm recently posted..Dulu Bujang Sekarang Dah Kahwin
Terima kasih bro
lagi ramai yang otai kot rasanya
gud luck bro..

Jebeng Otai™ recently posted..JebengOtai.com : Bagaimana Ianya Bermula?
good luck untuk bro juga
Semoga berjaya
Muka Depan recently posted..Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Majlis Perasmian The Urban Transformation Centre Di Pudu Sentral
Terima kasih ..
Banyak sungguh blog yang dah dicipta…
terima kasih bro kerana sudi menyertai aktiviti ni, semoga perjalanan bro dalam bidang ni akan berterusan dan sentiasa dipermudahkan…
Eizil recently posted..Indahnya berbulan madu
Sama-sama bro
Tak banyak la bro,sekadar cuba-cuba je,memang seronok bila ada blog ni
Banyak sekali pengalaman ngeblognya, ternyata ternak blog juga. Tentu banyak cerita suka dukanya..
Grosir Jilbab recently posted..Pashmina Sifon Polkadot
Memang banyak yang diceritakan
pengalaman mematangkan fikiran
Pengalaman mengajar kita banyak perkara
Dapat pula berkongsi dengan orang lain
tehr recently posted..Dialog Tepi Tangga | Dedah
Betul tu..
dari situ juga kita boleh lihat kemampuan kita untuk menulis
Betul-betul otai ni, 5 tahun dengan blog. Macam-macam jenis blog ada ya. Blogspot, wordpress.com, tumblr. Saya ada blogspot dengan wordpress self hosted. Wordpress.com ada akaun ja, tapi tak pernah aktif.
Naziman recently posted..Lajukan blog minify HTML, Javascript dan CSS tanpa plugin
tak la otai sangat bro
low profile je,hehehe
memang masa mula-mula blogging ni ,niat dihati ank cuba segala platform
tu sebab semua blog-blog tu masih wujud lagi termasuk wordpress.com
Tahniah tuan. Hebat. mampu menguruskan banyak blog dalam 1masa. Saya ada 3 tap 1 je mampu diuruskan.
daddydee recently posted..Christine Ha : Kekurangan Bukan Alasan Untuk Berjaya
Terima kasih bro
Insya Allah.selagi mampu,saya akan jaga kesemua blog tersebut
Good Luck yea Wazy, Jauh perjalanan dalam dunia blogging ini kan. Semoga lebih bersemangat dan tercapai target yang dikendaki. Insya.Allah
Azie recently posted..Mengapa dan Kenapa Ku Terjerat “Perjalanan Meniti Mencari Sesuatu”
Terima kasih Azie,hehe nama kita hampir sama la plak
wow banyaknya blog…tahniah..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Pinjaman Boleh Ubah (PBU) JPA Sesi 2012 / 2013
Terima kasih Ibu
banyak pengalaman bro…:)
bro ajar mcm mana nak letak iklan bawah entri tu
budak felda recently posted..Nasihat Untuk 3 Tahun
Bro pun boleh tahan juga
Untuk letak iklan bawah entri cuba bo rujuk kat tutorial ni :-
http://azblogtips.com/thesis/thesis-theme-ads.html
tapi bro lagi otai hehe..:)
ok thanks bro pasti akan dicuba..
budak felda recently posted..Nasihat Untuk 3 Tahun
hehehe
kalau tak jadi tutorial iklan tu roger je kat fb atau sini :-
http://wanzawawi.com/hubungi-saya/
Wahh byknya pengalaman awak dlm blogging ni ye, bolehlah tunjuk ajarkan ye
ajumohit recently posted..Traffik tinggi tak menjamin dapat Buffered Earning
Salam
Terima kasih,Insya Allah,kalau ada apa-apa pertanyaan boleh majukan kepada saya
Ni baru betul “Blogging Is My Passion” hehehe…gud luck ya

Akmaomar recently posted..Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai
hehehe mudah-mudahan
Terima kasih
menarik perjalanan bro sebagai seorang blogger
Shack recently posted..Virus Menyerupai SARS Dikesan Berlaku Di Asia Barat
Memang menarik bila baca dan ingat balik semua kenangan tu
good luck bro~
donnyien recently posted..Manchester United vs Tottenham EPL 2012/13 Week#6
Terima kasih bro
salam. abg mula berblog pd sept 2007 dgn platform blogspot. thn 2012 guna domain sendiri kejap. tp cuma utk setahun. tp thn 2013 kembali guna blogspot sbb kecewa x ramai pengunjung…
daddy zuki recently posted..MEMORI TERCIPTA biarpun PATAH SERIBU hatiku….