Assalamualaikum…
Alhamdulillah,hari ini dah selamat kembali bekerja setelah empat hari bercuti disebabkan demam rindu biasa je,walaupun tidak teruk,tapi kesan yang ada seperti pening kepala tu punya la sakit dan tidak tertahan jawabnya.Nasib baik la ada yang sudi membawa saya ke klinik (jutaan terima kasih kepada adik dan mak saya yang temankan ke klinik hari tu).Terima kasih juga kepada doktor yang memberi MC dan ubat yang boleh dikatakan amat mujarab.
Ok,kali ni nak kongsi sedikit Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan.Seringkali apabila keletihan,kita akan berasa pening kepala,begitu juga sebaliknya.Kemungkinan stress semasa kerja,tak cukup waktu tidur dan sebagainya.Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.Untuk itu,saya sarankan kepada rakan-rakan yang sering sakit kepala mencuba beberapa kaedah di bawah ini :-

1. Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
2. Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
3. Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
4. Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
5. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
6. Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
7. Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah tangga !” Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .
8. Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.
9. Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
10. Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
selamat mencuba…
Sumber : Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan








{ 26 comments… read them below or add one }
Tips menarik ni… pertama kali baca tips macam ni… semoga nanti bila mengalami keadaan seperti yang disenaraikan, boleh cuba tips-tips ni…
Eizil recently posted..Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir
ok bro,mudah-mudahan ianya berguna nanti
insyaAllah saya boleh guna tips berguna ini ..

semoga tips ini menjadi satu pilihan semua
syaifuddin alias recently posted..Live Streaming Malaysia vs Hong Kong 16 Oktober 2012
InsyaAllah bro
errk…. macam tu sekali ker kalu kene sakit kepala……
rupa2 nya berkaitna ngan penafasan yek..
ok. boleh la amalkan tips ni bila kene skait kepala dan keletihan…huhuhuh
sumijelly recently posted..Menjamu selera di Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant
Hehehe
bolehlah cuba yek nanti
bleh try nih, kadang2 ada lelah.

Nizam Mysticmind Ahamad recently posted..Merepek dan meraban, pakar palsu ada di mana-mana.
Owh..cuba je bro
tip yang sangat bagus dan sangat mudah nak dilakukan
terima kasih banyak, bro
tehr recently posted..Salahnya Bisnes Orang Kita
Sama-sama bro
tips yang baik tanpa sebarang kos. kebetulan sekarang ni asyik sakit kepala. nampaknya datang ke sini tepat pada waktunya

Amirez recently posted..Bagaimana Amirez Mendapat Nama?
Sama la,selalu sakit kepala sejak dua menjak ni,nasib baik ada terapi ni
wellcome back sahabat
Terima kasih
Boleh di ikhtiar dahulu.
akubiomed recently posted..Kawasaki Ninja 250 serba baharu
Ok bro,kalau sakit kepala nanti boleh la cuba
ok. sebab ko dah taip penat-penat, aku try gak lah.
titan recently posted..Apa kes lu benci sangat tengok Malaysia main??
Terima kasih bro,kalau berkesan nanti share la pengalaman tu ye
mungkin boleh cuba tips ini….
Melastik Bintang recently posted..Wordless Wednesday – Berjabat
cuba la bro
Ada kugunaan lain jugak lubang hidung kita ni ye. Boleh merawat sakit pening kepala rupanya. Hehe.. Pertama kali dengar tips macam ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Pemain Baharu Chelsea?
yup..masa mula-mula jumpa terapi ni memang macam tak percaya,sekali dah buat salah satu tu alhamdulillah berkesan
bagus try tip ni, tip dr doktor tu no 7 memang terbaiklah…
Denaihati recently posted..PACKAGE PERCUMA KEMBARA KEMBOJA 4 HARI 3 MALAM
Hmm tu la,dah kena berumah tangga juga ni
rupanya lubang hidung ni ada kegunaan lain.. tq bro
donnyien recently posted..Risiko kerja shift malam
tq untuk tips ni. baru cuba. rasanya ok sekarang.