Oneblogsocial

Salam Aidil Adha 2012 1433 Hijrah

by wazy on October 25, 2012 · 6 comments in Coretan Harian

Assalamualaikum…

Sempena kedatangan Aidil Adha yang bakal di sambut esok,pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha 2012 1433 Hijrah kepada semua rakan-rakan tak kira dimana pun kalian berada.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Alhamdulillah,ketika entri ini ditulis,saya telah pun selamat sampai di kampung,sambil rehat sebentar,update kejap blog kesayangan ni.Kepada rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog ini,berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung yer.

P/S : Selamat Hari Raya Aidil Adha,Hati-Hati Di Jalan Raya,Rajin-Rajinkan Tangan Untuk Guna Lampu Signal.

 Banner
make money with your web site

{ 6 comments… read them below or add one }

akubiomed October 26, 2012 at 1:11 AM

Selamat menyambut Hari Raya Kurban. Harap pengguna jalan raya guna lampu yang terlalu terang dan lampu kabus hingga menggangu pengguna jalan raya.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Kusyuk bacaMy Profile

Reply

wazy October 28, 2012 at 5:07 PM

Salam Aidil Adha buat bro juga,yup kena patuhi peraturan jalan raya

Reply

Lensa October 27, 2012 at 1:11 PM

sayu rasa tengok gambar Baitullah tu… syahdu, bila agaknya boleh sampai ke sana,
Lensa recently posted..Antara 2dayblogger, Puan Bee Dan Teratak Usang Ke Mana Arah Tujuan?My Profile

Reply

wazy October 28, 2012 at 5:08 PM

Samala,Insya Allah..satu hari nanti kita akan sampai juga ke situ :-)

Reply

donnyien October 28, 2012 at 4:47 PM

indah betul tempat ini.
donnyien recently posted..DAHC Camp Nur Laman Bestari Ulu Yam SelangorMy Profile

Reply

wazy October 28, 2012 at 5:08 PM

Memang terlalu indah,impian satu hari nanti nak sampai ke situ

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: