Assalamualaikum
Saya tertarik dengan kata-kata ini, “Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan”.Maksud ayat tersebut begitu mendalam dan kita juga mengetahui setiap kejayaan datangnya dari perangcangan yang teliti dan juga teratur.Untuk memulakan perancangan tersebut,saya akan menyusun beberapa strategi agar hala tuju yang di impikan akan direalisasikan.
Perancangan Untuk 3 Tahun Akan Datang WanZawawi.Com

sumber gambar : blogplan.eventbrite.ca
Sebagai blogger,sudah tentu mempunyai perancangan yang baik untuk memajukan blog sendiri,begitu juga dengan saya.Beberapa rancangan telah di susun atur agar pada 3 tahun akan datang ianya terlaksana.

Pengurusan Masa

Setiap saat,minit dan jam adalah amat penting bagi pengurusan masa sebagai blogger agar perancangan untuk memantapkan sebuah blog.Untuk itu,saya akan habiskan dalam dua hingga lima jam atau lebih untuk blog kesayangan.Bermacam-macam perkara boleh dibuat dalam masa tersebut.
Dalam perancangan masa ,Insya Allah,aktiviti rutin seharian saya sebagai blogger berjalan seperti biasa,antaranya ialah :-
- Memastikan setiap kunjungan rakan blogger berbalas
- Setiap komentar akan dibalas
- Menyiapkan dan mengemaskini artikel terbaru di blog sama ada 2 hingga 3 artikel dalam sehari
Trafik Blog

Bila sebut trafik di blog,saya akui bahawa banyak lagi usaha yang perlu dilipat gandakan untuk menarik trafik pengujung atau pelawat ke blog.Untuk mendapatkan kepuasan berblog,saya tak akan teragak-agak untuk mengeluarkan sedikit wang untuk mengoptimumkan trafik di blog sama ada membeli bahan rujukan seperti ebook ,menghadiri bengkel untuk blogger dan sebagainya.
SEO

SEO atau Search Engine Optimization adalah cara untuk mengoptimumkan pengisian atau apa yang saya buat di blog supaya blog ini tersenarai di enjin carian seperti google, yahoo, bing dan lain-lain.Ilmu berkaitan SEO juga tak pernah habis,oleh itu saya sentiasa mencari idea dan cara baru untuk meningkatkan prestasi SEO blog ini di setiap enjin carian.
Blog Sebagai Medium Pengiklanan
Untuk menjadi medium pengiklanan di blog, pelbagai cara dan salah satu contohnya adalah melalui affiliate,mungkin ramai blogger mempunyai pendapatan sampingan melalu affiliate .Oleh itu saya akan memberi tumpuan dan sentiasa komited dan lebih serius jika ingin memperolehi pendapatan sampingan melalui iklan-iklan yang menarik.
Hubungan Baik Dengan Rakan-Rakan Blogger
Sebuah blog akan menjadi lebih mantap jika mempunyai hubungan baik sesama blogger,tak kira niche atau jenis blog,apa yang penting di bawah nama blogger.Saling bantu membantu serta bertukar-tukar pendapat adalah perkara biasa,namun ianya adalah sangat baik dan secara tidak langsung memupuk semangat di dalam blogging.
Mudah-mudahan perangcangan ini akan tercapai..Amin..








{ 30 comments… read them below or add one }
Good Luck Wazy!
Azie recently posted..Sekiranya orang lain tidak mentertawakan impian kita, impian kita tidak cukup besar!
Terima kasih Azie
Mantap sekali isi-isi entri ni,

Semoga berjaya
Muka Depan recently posted..NATIONAL TALENT ENHANCEMENT PROGRAMME (NTEP)
Terima kasih
semoga perancangan bro tu berjaya.. insyaAllah..
Anarm recently posted..Pertama Kali Terpandang Hati Rasa Terpaut
Amin..terima kasih bro
Good luck bro…Bak kata denaihati semalam, untuk jadi bloggers yang berjaya kena ada “Woww” factor..dari segi penulisan yang boleh membuatkan kita nampak lebih menarik di mata pembaca dan juga potential advertiser..
InsyaAllah, nampak bro on the right direction..
eyriqazz recently posted..KTM – Banyak Perubahan Rupanya
Terima kasih bro
Insya Allah..kalau berkesempatan nak turut serta juga bengkel wordpress anjuran Denaihati tu pada masa akan datang
gud luck..semoga apa yang dirancang, tercapai. =)
Man recently posted..Gambar Bayi Ditemui Di Dalam Longkang
Terima kasih ..
Harap apa yang dirancangkan berjaya dicapai.
akubiomed recently posted..Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi
Terima kasih bro
good luck, perancangan yang relevan, dengan perancangan yang teliti ianya akan tercapai insya allah
ajumohit recently posted..Pertama Kali Naik Putrajaya Cruise
Terima kasih,Insya Allah
Harap2 tercapai perancangan tu… good luck yer…
AkmaOmar recently posted..Perniagaan Internet Di Malaysia
Terima kasih
Good luck untuk Akma juga
rancang aje. tak dapat..wat post moterm lepas tu. haha..
titan recently posted..Kena langgar dengan Keretapi Pink
Hehehehe
kita hanya merancang,tuhan yang menentukan
Perancangan itu memang No 1 dalam mana2 list. Tidak mustahil untuk mencapainya, jika kita tidak mudah terpesong dari apa yang dirancangkan. Gud luck dalam penyertaan dan semoga mekar memberi hasil nukilan yang relevan. tks share.
irsah recently posted..Kedai On-Line Shopping Cart-My Dengan Checkout Laman Custom
Terima kasih bro
mudah-mudahan perancangan tersebut dapat dicapai nanti ..amin..
ternyata ..kita semua patut berusaha demi kemajuan diri dan juga blog ..
tidak kira medium blogspot atau wordpress, keduanya ada keistimewaan
tersendiri ..jadi , usaha dan doa mampu iringi kita kearah kejayaan
syaifuddin alias recently posted..Keindahan Kelip-kelip Cherating
Betul tu
Sebagai blogger tak kira la guna medium blogspot atau wordpress,kita kena tetapkan satu matlamat dan juga perancangan agar impian kita tercapai satu hari nanti
semoga berjaya…
Nana recently posted..Rumah Ranap, Nenek Nyaris Rentung
Terima kasih Nana
Wah 2 hingga 3 artikel satu hari. Banyak nya. Kalau saya tak mampu. Biasanya kalau ada masa, saya buat sampai 2 3 post lepas tu jadual kan post auto publish.
Kalau ada idea apa salahnya bro,minima 1 hari 1 post pun dah ok juga
emoga tercapai segala impian tu bro..
Terima kasih bro
Semoga apa yang di capai itu akan menjadi impian yang nyata
Mummy Akmar recently posted..Selepas 3 Tahun
Insya Allah..terima kasih yer