Oneblogsocial

Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 5

by wazy on October 22, 2012 · 10 comments in Cerita Lawak

Assalamualaikum

Hari Isnin sudah,mood #MondayBlues masih ada lagi kot ? Jom layan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 5.Semoga sedikit perkongsian ini dapat hilangkan tension rakan-rakan yang sedang bekerja pada ketika ini.

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama.

Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, “Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit” Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. “Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!” Si budak berkata,”Datuk saya ada nasihat juga.” “Dia pun kata jangan makan makanan ringan?” “Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN”

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.

Anak : “Ayah, di…”

Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…

Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”

Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”

Cara Berchating

Bila ada user tanya kat room: “kau orang dengar tak aku on lagu?”

jawab: “kau ingat aku pekak ke?”

Bila ada yang tanya: “apsal room ni tak meriah eh?”

jawab: “ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana”

Bila ada yang tanya: “PC aku ni asik hang la,sape leh tolong aku?”

jawab: “kau campak je PC kau tu kat sungai”

Lawak Budi bahasa LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu
berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda
itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”.

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,

“Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,”Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!”

Ulat Gonggok

ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka – teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?

cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu…

pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni

Cikgu : ha, ape dia?

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : emmm Kalau mengikut kajian 100 kaki. betul?

Pelajar : salah

Cikgu : 99

pelajar : salah!

Cikgu : emm…da tu berapa kaki

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu…

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?

Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je…hehehe

Hanya Sepuluh

sewaktu adiknya pulang dari sekolah,dengan segera abangnya bertanya.

Abang : sudah adik menduduki ujian matematik?

Adik : sudah.

Abang : macam mana dengan soalan nya?

Adik : senang saja, macam kacang.

Abang : bagus! berapa soalan yang adik tak dapat menjawab?

Adik : tak ada.
Abang : bermakna adik dapat menjawab semua soalan dengan betul.

Adik : ya, ada sepuluh soalan yang adik jawab salah.

Abang : wah! pandai betullah kalau begitu,kalau setakat sepuluh sahaja yang salah,masih ada empat puluh lagi yang betul.

Adik : tapi soalan nya ada sepuluh saja

Pendek dan Panjang

seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya

Guru : Kamu ni murid baru kan?

Murid : Ya…..cikgu!

Guru : Nama kamu siapa?

Murid : Mat.

Guru : Nama panjang kamu?

Murid : Matttttttttttttttttttttttttttttttt. cikgu!

Guru : Besok saya gelak!!

ATAN DAN CIKGUNYA..

Cikgu: Atan…cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik….Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab…Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??…Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul…Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab…Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh…..

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak…Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal…Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus…cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi…Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab…Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la…

Cikgu:Kenapa plak tujuh…Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu…knpe tujuh…why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????…

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Pening Sungguh hahahaha…

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Caller : I’m Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It’s urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?

Caller : Well… just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgen t matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I’m Saw Lee (Sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!!

 Banner
make money with your web site

{ 10 comments… read them below or add one }

zool October 22, 2012 at 4:37 PM

ada yang agak kurang ajar lawaknya
zool recently posted..Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan badminton Terbuka Denmark 2012My Profile

Reply

wazy October 22, 2012 at 9:43 PM

Hehe biasa la tu bro :-)

Reply

Jebeng Otai™ October 22, 2012 at 8:48 PM

layan gak la ilangkan stres..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Siapa samseng sebenarnya?My Profile

Reply

wazy October 22, 2012 at 9:44 PM

terbaik bro :-)

Reply

donnyien October 23, 2012 at 12:54 AM

terbaik bro.. lama tidak layan lawak mcm ni rasa seronok pula mbaca
donnyien recently posted..Risiko kerja shift malamMy Profile

Reply

tehr October 23, 2012 at 2:11 AM

kisah hantu tu
lepas ni tak ada la mereka berborak lagi
dah jadi musuh la pulak
haha
tehr recently posted..Pantun Dua Kerat Sebelum TidurMy Profile

Reply

hazman aka species1980 October 23, 2012 at 10:07 AM

hAHAHAHAHA….. lawak sebegini memang buat mood relax skit… anyway nanti letak pulak lawak bergambar yea….
hazman aka species1980 recently posted..10 Tips Gathering Efektif WANG CYBER DOT COMMy Profile

Reply

syaifuddin alias October 23, 2012 at 12:44 PM

hehe..tak apalaa..hilangkan duka dalam dada
syaifuddin alias recently posted..Tips Trafik Mencanak 1000++ UVMy Profile

Reply

ajumohit October 23, 2012 at 9:06 PM

hmmm mcm2 lah lawaknya, mmg ilang ngantuk
ajumohit recently posted..Dress pasar malam pon cantik jugaMy Profile

Reply

bujang3 October 24, 2012 at 11:02 AM

yang pertama tu best… dalam lawak ada pengajaran… Walau sesiapa pun yang nak bercakap, tak kira tua ke muda, lain kali dengar dulu sebelum marah… mungkin apa yang nak disampaikan itu bermanfaat untuk kita…

Maaf, nak bertanya… aku dah lama cuba nak instal widget whos.amung.us tu kat blog wordpress aku… tapi setiap kali aku masukkan kat text widget tu pasti tak berjaya…

boleh bagi clue tak atau pun bro buatkan satu tutorial untuk itu…

Terima kasih…
bujang3 recently posted..Semuanya kerana Sumptuous Erotica yang hangat! !!!My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: