Assalamualaikum…
Alhamdulillah,baru je berkesempatan online,dah mula rindu pula kat blog kesayangan ni.Entri ni merupakan kesinambungan daripada entri Salam Aidil Adha 2012 1433 Hijrah , kali ini nak tunjukkan pula aktiviti korban yang dijalankan di kampung.Setelah selesai Sembahyang Jumaat , kira-kira pukul 2.15 petang,aktiviti penyembelihan korban dijalankan.Kira pertama kali juga la sedara-mara buat korban lembu ni.Kalau dulu asyik tengok je di masjid ,pada tahun ini rezeki murah dan buat di depan mata sendiri.Kesemua parang dan pisau siap diasah sehingga tajam bagi memudahkan proses melapah dan menyiang daging korban tersebut.
Gambar ini di ambil sebelum menunaikan sembahyang raya , boleh main nyorok-nyorok pula lembu ni.
Ambik gambar secara ” close up ” …kira jinak juga lembu ni
Kucing pun nak tengok korban sekali ni..hehe
Proses untuk menumbangkan lembu
Akhirnya tumbang juga…lama juga la nak tumbangkan lembu ni,sampai 4 orang pegang tali dan tumbangkan lembu tersebut.
Gambar di bawah ini hanya untuk mereka yang berani tengok darah sahaja :-
Selamat dikorbankan…
Sesi melapah hampir tiba..
Besar juga la lembu ni,beratnya lupa plak nak tanya..
Errr ni la kepala lembu tersebut
Sesi gotong-royong melapah daging lembu yang telah selamat dikorbankan tadi bersama saudara-mara.Walaupun penat tapi seronok.Lebih kurang pukul 6.00 petang semuanya selesai termasuk hantar daging-daging ke seluruh kampung.Setelah penat melapah dan menyiang daging korban ,perut pun dah berkeroncong,sempat juga la buat makan-makan dengan hidangan wajib semasa raya seperti ketupat,rendang,lodeh dan sambal kuah kacang.







{ 16 comments… read them below or add one }
Berapa ekor lembu yang dikorbankan?
akubiomed recently posted..MotoGP 2012 di Litar Sepang bersama abang Koning
1 ekor je bro,tapi seronok la tahun ni,terasa kemeriahan sambutan Aidil Adha
bro, selamat menyambut hari raya aidiladha dari saya. kampung bro kat mana?

thanks sebab sudi join contest saya yang tidak seberapa tu
donnyien recently posted..Chelsea vs Manchester United EPL 2012 Week#9
Terima kasih bro,
Kampung di Bukit Batu,Kulai,Johor
hehe nasib baik sempat blogwalking tadi,tu yang terus join contest bro
oowh..kat kulai jer..
Ha ah bro
Hehehe bro kat Kulai jugak ke ni ?
puah dah melapah semalam..habis bau badan nih. haha..
Hahaha
tahu tak apa,walaupun penat tapi seronok la gotong-royong dengan saudara-mara
wah, siap gali lubang tuh, nak tumbangkan lembu… kalau di kampung saya, biasa mereka tarik kaki lembu yang diikat tali ramai-ramai hingga lembu tumbang…
Akuro San recently posted..Pengalaman Pertama Masak Canada Lobster
Ha ah,lubang tu untuk tanam darah dia,sama la kat sini ,ikat kaki lenbu,lepas tu ramai-ramai tumbangkan
selamat menyambut aidil adha. nampak meriah dan ramai yg bergotong royong.
Denaihati recently posted..Pentingnya pengurusan domain untuk para blogger
Salam Aidil Adha buat bro juga
ha ah memang meriah,ramai sudara-mara tolong
Meriah Aidiladha kalau ada aktiviti korban macam ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi
Betul tu bro,memang meriah sangat-sangat
Salam Aidiladha Bro.
Nak beli Fivio ni! Haha…
Salam Aidil Adha untuk Mummy Akmar juga yer
Heheh kalau ank beli kena cepat,tinggal dua hari je lagi ank habis promosi ,
boleh rujuk di :-
http://www.wazy84.com/promosi-sempena-raya-haji-2012-di-fivio-webhosting