Assalamualaikum…..
Hari minggu yang tenang,sejak dua menjak ni ramai pula rakan-rakan di facebook share gambar lontong goreng (masih dalam mood raya kot)..,memang Lontong Goreng ni salah satu makanan kegemaran,tak kira la kalau jumpa kat mana-mana mesti nak rasa.

Nah….tengok la gambar di atas tu,korang yang baca post ni mesti teringin juga nak makan ye tak ? sila senyum macam saya yek
Alang-alang dah share pasal lontong goreng ni,rasanya lebih elok rasanya share sekali resepinya.Lepas ni senang nak buat Lontong Goreng boleh rujuk je kat blog ni.
Bahan-bahan
1 btg. lontong [dipotong dadu]
20 biji cili kering ]
2 labu bawang besar ] dimesin halus
4 ulas bawang putih ]
2 camb. udang kering ]
100 gm. daging cincang
2 biji telur
1 manggkuk kecil sayur campur
kicap manis, kicap masin
garam, secukup rasa
daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya]
Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang dimesin hingga benar-benar garing, masukkan daging gaul hingga masak.
2. Masukkan lontong yang telah didadu gaul hingga sebati.
3. Masukkan kicap masin dan kicap manis [agak-agak 2-3 camb.] gaul lagi hinnga rata.
4. Masukkan sayur campur dan digaul rata
5. Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.
6. Rasalah masin, masinnya secukupnya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Resepi kredit kepada Resepi Orang Kampung
Bila cerita bab Maggi Kari pula…hehehe ni memang wajib bagi mereka yang kekeringan duit pada hujung dan awal bulan tidak sempat bersarapan terutama orang bujang macam penulis blog ni,siapa lagi kalau bukan saya ye tak ?

ok la sampai sini je entri hari ni,kepada yang lapar tu,heheh jangan dibiarkan perut anda kosong,kalau sempat boleh la cuba resepi Lontong Goreng seperti di atas tu








{ 40 comments… read them below or add one }
Macam menarik lontong goreng ni, tak pernah lagi merasa lontong goreng, kena minta bro kita masakkan laa kot… hehehe…
kecur air liur tengok gambar tu
Eizil recently posted..Yoobao power bank, memudahkan aktiviti seharian
Hehehe
memang menarik pun bro…
Kalau nak cuba boleh la ikut resepi tu
hehe
sedap nih… layan megi kari pun ok gak..hehe
zik recently posted..Keputusan terkini Malaysia U22 vs Indonesia U22, SCTV CUP 2012!!
Memang sedap bro,belum cuba belum tahu ye tak ? hehehe
maggi kari tu hehehe sesekali jek
memang syok lontong goreng.salah satu makanan kegemaran tapi nak buat sendiri tak pandai walaupun resepi terpampang depan mata.hehe
hatiputera recently posted..Muaz Faris dan Google Adsense
Hehehehe cuba la buat sendiri,memang sedap bro..
Ohhh… Lontong goreng? Tak pernah try…
cleffairy recently posted..The New Wisteria Lane
Ha ah Lontong goreng,kalau ada masa tu boleh la cuba buat sendiri yek
peh bro dah boleh join masterchef ni…
mancai recently posted..apa itu kod QR
Hehehe tak sampai kot masuk masterchef tu,amsak suka-suka je bro
First time aku dengar lontong goreng ni. Macam mana lah rasa lontong goreng ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I
Sedap bro,kalau tak percaya cuba la sendiri
maggi kari, memang dah sinonim pd sapa2 je, sampai kalau keluar negara pun standby maggi…heeee
Denaihati recently posted..iPhone 5 dilancarkan
Hehehehe tahu xpe,antara bekalan wajib kalau jalan jauh tu
akak suka lontong goreng
sweetkurma recently posted..akibat putus cinta
sama la,memang sedap kan lontong goreng ni
belum pernah aku makan lontong goreng
pedas ke ni, bro?
tehr recently posted..Aku Memang Bodoh
Ye ke..hehe tu dah ada resepi,nanti boleh la cuba,kalau nak pedas pun boleh jugak,lebih kurang macam mee goreng je
Sop pilih maggikari.. hehhe
lama x makan
Sop recently posted..Cabaran Cupcake Oleh Celcom
Hehehehe ok jugak tu maggi kari
pnah mkn lontong goreng..ade resepi leh buat ni..tq bro..

Jebeng Otai™ recently posted..WordPress Update : 3.4.2 Ada Bug?
Hehehe
sama-sama
nanti ty la yek buat sendiri,tak susah mana pun
Entri ini sudah dibookmark. Untuk panduan time nak masak lontong nanti. haha.
Fadzmie recently posted..Hasil ‘tangkapan’ di Kota Kinabalu Book Fair 2012
hhahaha
terbaik la bro
hoho..tak pernah cuba nih..
titan recently posted..Komisen ke 95 dari TNX
Hehehe abang kacak,try la buat sendiri,senang je
Bila tengok gambar je,mesti sedap kan lontong goreng ni..
Muka Depan recently posted..Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia
Memang sedap
tak rugi mencuba
sedapnye rupe lontong goreng tu..pedas tak bro
segalabenda recently posted..Beli Rumah Di UUC Kota Kinabalu
Memang sedap
kalau nak pedas pun boleh,ikut selera masing-masing
mee kari tu yg sedap…he,he!
Heheh
tu la,kalau hujung bulan layan maggi kari pun best
Macam tak sempat hendak menyediakan Lontong goreng. Maggi kari juga dimasak nanti.

akubiomed recently posted..Entri pemanas badan blog AkuBiomed
Sempat je bro,tapi kalau dah kesuntukan masa,maggi kari memang layan
Nampak macam sedap. Tapi tak pernah cuba sebelum ini.
Mummy Akmar recently posted..Rumah Terbuka Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak
Memang sedap,cuba la buat,ikut je resepi kat atas tu
Cam sedap jer..blm pernah lagi rasa lontong goreng. Kalau mee maggi tu biasalah he..he..tq kongsi resipi yg patut dicuba. Mood master chef masih ader…
anjangman.com recently posted..404 error: The page you are looking for can’t be found.
Hehehe
sama-sama bro,nanti kalau dah buat bagitahu la
Saya suka sekali memasak, bolehlah dicoba resep ini
terima kasih dan salam kenal ya…
Nurlaila recently posted..Resep Membuat Ayam Goreng Kremes
sama-sama
boleh la cuba
salam kenal kembali