Oneblogsocial

Slot Akasia Kau Yang Terindah TV3

by wazy on August 16, 2012 · 6 comments in Slot Akasia

Assalamualaikum…

Setelah Slot Akasia Deejavu Di Kinabalu TV3 sampai ke episod akhir,Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima menemui penonton mulai 6 Ogos 2012.Kau Yang Terindah membariskan pelakon sperti Neelofa, Nazim Othman Hafil Andrio Putra dan Emma Ma’embong.

Sinopsis Kau Yang Terindah

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam.

 Banner
make money with your web site

{ 6 comments… read them below or add one }

Jebeng Otai™ August 17, 2012 at 4:05 PM

ade neelofa la..x besh..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Seksyen 114A : Bantah atau sokong?My Profile

Reply

wazy August 30, 2012 at 11:44 PM

Hahahaha
nape lak tak best,layan je bro

Reply

budak felda August 17, 2012 at 4:44 PM

hehehe neelofa cun tapi aura mcm berlagak tu ada laaa…tak tahu kenapa
budak felda recently posted..#SaveJejaiMy Profile

Reply

wazy August 30, 2012 at 11:45 PM

Heheheh mungkin gaya dia kot

Reply

budak felda August 17, 2012 at 4:46 PM

bro tanya mcm mana nak letak iklan bawah post tu
budak felda recently posted..Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

Reply

wazy August 30, 2012 at 11:46 PM

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: