Oneblogsocial

Tips Menghasilkan Resume Yang Terbaik

by wazy on July 7, 2012 · 32 comments in Affiliate

Assalamualaikum…

Apabila mencari kerja ni,benda yang paling penting mesti la Resume bukan ? Pelbagai format dan gaya Resume untuk memikat majikan tak kira la sama ada swasta atau kerajaan.Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh Resume yang ada di internet mahupun Resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis Resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan Resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah Resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.

Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar. Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe

Contoh yang lain ,saya kaitkan pula dengar penulisan Resume anda. Penulisan Resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya Resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada Resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.

Ramai diantara kita yang menulis Resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu Resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis Resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan Resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk Resume anda dipilih ke temuduga.

Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis Resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam Resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun Resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika Resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti.Kantoinya berkali-kali ganda.

Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana Resume anda mampu memikat bakal majikan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di banner di bawah :-

 Banner
make money with your web site

{ 32 comments… read them below or add one }

faizalPj July 7, 2012 at 9:42 PM

sangat berguna sgt kpda sy

Reply

wazy July 7, 2012 at 9:52 PM

Boleh la buat tempahan melalui banner Rahsia Resume Kerjaya di atas tu,harganya RM40.00 je =)

Reply

Jebeng Otai™ July 7, 2012 at 10:42 PM

perumpamaan kisah dalam doreamon tu yg menarik..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Samsung Galaxy S3 Meletup Ketika DicasMy Profile

Reply

wazy July 9, 2012 at 6:18 PM

Hehehe tahu xpe,layankan je

Reply

hatiputera July 8, 2012 at 2:24 AM

Zaman untuk aku buat resume dah habis but terima kasih kerana berkongsi,,,
hatiputera recently posted..Ranking Contest Seo Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

Reply

wazy July 9, 2012 at 6:19 PM

sama-sama bro ;-)

Reply

samdaddycool July 8, 2012 at 7:43 PM

Resume adalah ‘first impression’ bakal majikan kepada kita. jadi, kena buat betul-betul dan pastikan tiada unsur penipuan.
samdaddycool recently posted..Blog uncle seekers 2012 kat mana nak tengok?My Profile

Reply

wazy July 9, 2012 at 6:19 PM

Betul tu bro,100% setuju

Reply

Fadzmie July 8, 2012 at 8:29 PM

Setuju dengan apa yang samdaddycool cakap. Selalunya resume ni guna dia untuk bagi 1st impression. Kalau 1st impression bagus, then boleh proceed utk proses seterusnya, iaitu interview in person. Hehe.
Fadzmie recently posted..Lukisan 3D hanya dengan pensel!My Profile

Reply

wazy July 9, 2012 at 6:19 PM

Hehehe betul tu ;-)

Reply

titan July 9, 2012 at 1:26 AM

aku tak pandai wat. selalu aku suruh adik aku je buatkan. haha..
titan recently posted..Kau semestinya yang terakhirnya..My Profile

Reply

wazy July 9, 2012 at 6:20 PM

hehehe leh ek macam tu

Reply

Anarm July 10, 2012 at 12:05 AM

resume aku dulu aku buat pkai Jobstreet punya.. isi form resume kat web Jobstreet lepas tu save as doc file.. senang je.. huhu.. tapi paling susah nk buat resume utk apply keje gomen kot.. takleh panjang2 sgt, takleh pendek2 sgt..
Anarm recently posted..Kenapa Benci Hari Isnin?My Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:51 PM

Aha..aku pun guna format dari jobstreet,mudah dan ringkas je

Reply

Incik RestNrilekS July 10, 2012 at 9:33 AM

Salam Alaiyka.

Terima kasih sebab berkongsi. “Resume” ni memang penting. Bayangkan, kalau hantar melalui pos, berapa banyak resume yang datang berkarung2.

Betul tu, isi kandungan resume di sebelah dalam kena diubah sedikit mengikut kesesuai syarikat yang kita minta, supaya kena dengat objektif syarikat.

Selamat Hari Selasa yang baik : )
Incik RestNrilekS recently posted..Art Rage or Doodle Theraphy?My Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:52 PM

Waalaikumsalam,

Saingan memang sengit kalau mohon kerja,resume pun banyak format,kita je la kena pilih nak buat macam mana resume tu agar mudah diterima

Reply

akubiomed July 10, 2012 at 1:15 PM

Takut melihat keyword terlalu banyak. :-)
akubiomed recently posted..Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhirMy Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:52 PM

Hehhe percubaan je ni bro :-)

Reply

Cikgu Hairul July 10, 2012 at 4:14 PM

Saya lebih suka kepada kelainan. Isi resume mungkin lebih kurang sama dengan yang lain, tapi yg lebih penting adalah macam mana nak buat tukang pilih ambik resume kita. Dalam banyak2 permohonan tu kalau warna resume terang bederang adalah kaedah terbaik untuk dipilih dan dibaca. Kalau setakat isi power tapi takde daya tarikan untuk dibaca, tak guna juga.
Cikgu Hairul recently posted..Sistem Komen Pantas Menyelesaikan Masalah Tiada Idea Nak KomenMy Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:53 PM

Betul tu,faktor kelainan resume pun boleh di abil kira

Reply

tehr July 11, 2012 at 3:24 AM

betul
mesti tahu apa kehendak bakal majikan
kalau tak tahu apa2, memang susah tu
tehr recently posted..Siapa Apekesh AndrawalaskeprrMy Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:54 PM

Tu la,apa-apa pun kita kena cari maklumat tentang bakal majikamn tu,baru la persembahkan resume yang poser

Reply

ProfHariz July 11, 2012 at 4:41 AM

Terima kasih atas panduan di atas. Boleh perbaiki semula resume ni
ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #10 – Flash Banner Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:54 PM

Sama-sama bro :-)

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain July 11, 2012 at 10:18 PM

adehhh.. dah lama tak tulis resume … Hampir terlupa caranya. Bagi kawe dulu masa kat HR, yg penting ianya jelas dan dekat2 dgn requirement. 90% decision dibuat masa interview.

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:54 PM

Owhh betul jugak tu,biar ringkas dan padat semua maklumat yang diperlukan

Reply

faizul July 12, 2012 at 1:06 AM

resume saya cuma ada satu aje, lepas tu terus dapat keje :) Alhamdulillah.

Yang penting, jangan tipu maklumat dalam resume.
faizul recently posted..Wordless Wednesday #6 – How To Train Your DragonMy Profile

Reply

wazy July 13, 2012 at 5:55 PM

Alhamdulillah…rezeki tu bro,yup kena jujur 100% untuk maklumat dalam resume tu ;-)

Reply

Hairul Hissam July 14, 2012 at 12:11 AM

bagus tips bro nie..
menulis dari perseptif majikan… tu yg sepatutnya kan..
Hairul Hissam recently posted..Kongsi Resepi Kuih Raya dan Juadah Berbuka Puasa | Hadiah Keychain Dan Wang TunaiMy Profile

Reply

azydy July 18, 2012 at 10:10 AM

haha.. boleh guna untuk buat resume..cadangpun nak tukau kejer..
azydy recently posted..Wordless Wednesday : Eyriqazz Vs Denaihati Dua Blogger HebatMy Profile

Reply

yas July 25, 2012 at 1:58 AM

Resume….hehehe rasanya dh 20 tahun aku tak buat resume…..:D, btw nice info bro.
yas recently posted..Wordless Wednesday – Aku Lapar Laa…My Profile

Reply

wazy August 30, 2012 at 11:07 PM

Terima kasih bro,heheh kalau kerja dah mantap resume tersimpan rapi je kan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: