DrSneeZ Penawar Gejala Resdung,Selsema Dan Hidung Sumbat

Assalamualaikum…

Adakah anda pernah dengar tentang DrSneez ? Untuk pengetahuan semua DrSneez adalah krim selsema dan resdung keluaran Drazma Wellness Marketing. Kebanyakan rawatan moden atau alternatif untuk selsema dan resdung hanya menggunakan ubat atau ramuan yang dimakan secara mulut(oral), semburan (spray) atau titisan (drop) ke hidung. Sebarang persediaan yang perlu dimakan perlu diproses oleh hati (Liver) sebelum ianya berguna untuk melegakan gejala-gejala yang berkaitan.


Gambar kredit kepada http://drazma.com/

Ini amat membebankan hati (liver) itu sendiri. Isu kesuaian umur juga perlu dipertimbangkan. Kita tahu semakin muda manusia itu, seperti kanak-kanak ,semakin kurang keupayaan hati (liver) untuk tujuan pemprosesan. Penggunaan secara semburan atau titisan yang berterusan juga boleh menyebabkan membran di dalam lapisan hidung menjadi kering dan pedih, ini mengurangkan kerelaan seseorang pengguna untuk terus menerima rawatan.

Menggunakan kulit sebagai perantara atau “delivery system” dapat mengurangkan masalah ini. Dari situ timbullah kajian mengenai krim thrudermal DrSneez ini.Ia menggunakan bahan yang senang digunakan dan selalu digunakan oleh masyarakat.

Apakah Kegunaan krim Dr Sneez ini?

DrSneez diformulasikan untuk mengurangkan gejala-gejala tidak selesa akibat selsema dan resdung. Resdung dalam bahasa perubatan disebut sebagai allergic rhinitis dan sinusitis. Ianya dibangunkan dinegara kita sendiri dan bukan bahan siap yang diimport dan di bungkus semula.

Apakah contoh-contoh gejala selsema dan resdung yang dapat dibantu?

DrSneez dapat mengurangkan gejal-gejala seperti :

  • Hidung yang berair
  • Selalu bersin terutamanya di awal pagi atau semasa persekitaran sejuk
  • Gatal yang melampau di sekitar kawasn T di wajah.
  • Melegakan pernafasan hidung yang tersumbat
  • Mengurang batuk akibat selsema.
  • Melegakan sakit kepala akibat tekanan dalam sinus.

Cara Mengguna DrSneez

Apa yang anda perlukan hanya sapukan sedikit lapisan nipis krim ini pada permukaan hidung dan sinus atau lebih dikenali sebagai kawasan T pada wajah. Anda dapat merasakan keberkesanan dalam waktu yang agak cepat.

Apakah kandungan DrSneez ini?

Krim DrSneez ini diformulasikan dari bahan-bahan yang ada didapur rumah kita. Bahan aktif yang terkandung termasuk Curcumin domestica longa atau senang dipanggil kunyit, Nigella Sativa atau mudahnya habatus sauda dan Foeniculum Vulgarae atau jintan manis. Ketiga-tiga bahan yang boleh dipanggil rempah ini boleh menyembuhkan selsema atau resdung dengan cepat dan selamat.

Sedikit Penerangan Tentang Teknologi THRUDERMAL

Teknologi Thrudermal menggunakan pembawa tertentu yang dapat membawa bahan aktif melepasi halangan kulit atau lebih dikenali sebagai epidermis. Bahan aktif ini akan dibawa jauh kedalam lapisan ini dan hasilnya ia hanya memerlukan sedikit sahaja. Sebagai contoh kunyit yang diperlukan dan kesannya amat pantas bergantung kepada ketebalan kulit atau epidermis ini.

Kegunaan  Curcuma Longa, Nigela Sativa dan Foeniculum Vulgarae

Kajian menunjukkan ketiga-tiga bahan yang mudah didapati ini mempunyai sifat anti histamine ( anti inflammatory ) dan anti oksida yang tinggi dan dapat mengurangkan keradangan dengan cepat. Curcuma Longa mengandungi Curcumin yang juga bersifat anti-virus, anti-bacteria dan anti-fungus yang semulajadi. Kombinasi sifat-sifat ini mampu menangani gejala-gejala resdung dan selsema dengan efektif.

Adakah Krim ini selamat?

Oleh kerana kesemua bahan ini adalah dari bahan alami ianya sememangnya selamat kecuali pengguna sudah dikenal pasti mengalami alahan kepada bahan-bahan tersebut. Secara umumnya applikasi krim setempat tidak akan mendatangkan masalah . Sekiranya berlaku alahan maka pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pihak kami.

Krim ini boleh dibeli terus dari pihak DRAZMA WELNESS MARKETING dan laman web rasminya di http://drazma.com/ ,beli secara online di sini (Harga produk RM50.00 sahaja) dan jangan lupa LIKE di facebook http://www.facebook.com/drsneez untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

P/S : saya dah mencuba produk ini,alhamdulillah selsema dan hidung tersumbat semakin kurang.

 Banner
Referral Banners
Rahsia Memahami Pasangan Anda

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing